Tuesday, 13 March 2012

tips hilangkan rindu


assalamualaikum semua,hye ~
.pernah tak korang putus cinta?. couple bertahun-tahun then korang putus?. pernah tak?. hurm, susah tak korang nak lupakan dekat ex korang tu?. susah ke senang je korang lupakan at ex?. hurm,bagi yang senang tu bagus la, thumbs up untuk korang :)
.tapi bagi sesiapa yang susah untuk lupakan dekat ex boyfriend korang tu,korang boleh try tips yang aku bagi ni. try lah yee ;) jangan malu-malu. hehe :D tapi tatau la mujarab ke tidak.

tips nya ialah seperti yang dibawah ini ::


1. Berkumpul dengan kenkawan. Jangan menghabiskan masa sendirian. Manfaatkan masa terluang dengan keluar berkelah, minum di cafe, berchating atau telefon & sms untuk mencurahkan perasaan duka juga bercerita tentang hal semasa.

2. Menenangkan diri sambil membaca buku. Cuba ingat kembali buku apa yang belum sempat kamu baca. Buku yang menarik akan memicu imajinasi dan boleh membuat kamu leka tanpa memikirkan tentang hal lain. Semakin banyak masa yang kamu habiskan dengan buku, tanpa sadar semakin sedikit waktu yang digunakan untuk memikirkan tentang kerinduan kamu tentang  bekas kekasih.

3. Jangan mudah tergoda. Dalam masa terdesak, sering sekali kamu mudah jatuh hati. Pada masa ini memang kamu perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan hati dan memberi perhatian. Jangan terjebak hanya dalam cinta sesaat. Pikirkan baik-baik dan selalu fokus pada hal lain dalam hidup kamu seperti pekerjaan, keluarga, atau pendidikan. Jika kamu sudah merasa cukup tenang dan boleh berfikir jernih, barulah kamu perlahan-lahan boleh mula mencari kekasih baru.

4. Kalau memang susah untuk melupakannya, buang semua yang berkaitan dengannya seperti hadiah, no telefon, gambar. Hapuskan akaun facebook, twitter, dan semua yang boleh mengingatkan kamu padanya. Ingatlah KAMU PASTI BOLEH.. 

5. Bersukan. Mungkin cadangan ini nampak biasa saja, tapi ada alasan mengapa bersukan boleh membantu melupakan si dia. Sukan bukan hanya baik untuk kesihatan tubuh tapi juga baik untuk kesihatan mental. Bersukan boleh membantu meningkatkan mood dan membantu kamu menjadi lebih segar. Dengan tubuh yang sehat dan segar, secara optimis akan meningkatkan kepercayaan diri dan membuat kamu lebih positif dalam menjalani hidup. 

6. Luahkan segalanya dalam blog atau dairi. Dalam bentuk tulisan, dengan cara ini boleh membantu kamu lebih rileks. Cara ini juga boleh mencegah kamu terjebak dalam fikiran sendiri yang boleh menjurus ke arah negetif. 
Sambil menulis, tanpa sedar juga boleh menyedari kesilapan kamu atau kekurangan kamu.

7. Yang paling penting ingat tuhan. Sudah tentu dia bukan jodoh kamu. Dan berdoalah kepada Allah semuga dipertemukan dengan orang lebih baik dari bekas kekasih kamu itu.. 



.sorry la kawan-kawan, aku just copy and paste aje :) tak salah kan?. 
selamat mencuba ! 

budak kepala hitam

Monday, 12 March 2012

sedih yang teramat !



.assalamualaikum kawan :(
.aku betul-betul sedih ni weh, dah tak tahu nak cakap macam mane lagi dah. 24 jam asyik ingat bende yang same aje. koranga ade petua tak macam mane nak hilangkan rasa rindu kita ni kat seseorang?. kalau korang ada petua, share-share la dengan aku. betul-betul memerlukan petua korang tu. harap dapat membantu aku untuk melupakan si dia~ hubungan hampir 2 tahun aku dengan dia putus macam tu je. bukan masalah besar pun. mungkin masing-masing ego kot. huh ! entah la. aku rase aku tak dapat terime kenyataan lagi kot yang aku dengan dia dah tak ade ape-ape lagi dah. tapi, aku dengan dia dah janji, walau ape pun yang terjadi kiteorang still kawan. tapi mungkin dia dah tak ingat janji-janji semua tu.



.si dia sendiri berjanji dengan aku walaupun kiteorang ni dah tak ade ape-ape hubungan lagi,still kiteorang berkawan tapi, mane janji dia tu?. campak ke mana?. dalam longkang?. tong sampah?. tadek pasai la weh. disebabkan perkara ni, aku dah kurang percaya kat lelaki dah. kau nak kata apa kata lah. cinta pandangan pertama memang perit weh aku bagitau kat korang. lebih baik aku tak payah bercinta dari dulu, dok buat hal sendiri lagi bagus. aku rasa macam orang bodoh pulak. ye ! aku mengaku yang aku betul-betul rindu kat si dia tapi nak buat macam mana kan?. menangis air mata darah sekali pun, benda yang dah lepas tak boleh di ulang kembali. pasrah aje la aku ni. 




.aku akan jaga phone yang dia bagi ni kat aku. walaupun hanya lah phone biase-biase aje tapi phone ini amat bermakna dan berharga bagi aku. aku akan jaga sampai masanya aku akan pulang kan phone ini kepada tuan nya semula. tunggu masa aje aku akan pulangkan. 
aku janji !

sekian :'( wassalam~


budak kepala hitam

Wednesday, 15 February 2012

.BAHAGIA =)


.okay ! assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =) 

.happy sangat sekarang nih. HAHA tatao kenapa. aku just nak cerita yang raya cina haritu abang kesayangan aku datang. weehhiiiiii ~ seronok lah jugak. kalau korang nak tengok muka abang aku tu nanti aku tunjuk tao. jangan risau, mesti tunjuk punye lah. abang aku datang dengan kawan-kawan dia. okay lah. kawan-kawan dia semua nya baik ! hehe ^_^ tapi sebenarnye abang aku tu ade tujuan lain. tujuan pertame dia bukan nak jengok aku kat sini tapi nak jengok girlfriend dia kat sini. haiyoo~ ape punye abang pun tatau lah. haha =) tapi serius lah aku tengok abang aku tu dengan awek dia. jeles aku tao ! 
.dan disebabkan abang aku jugak lah aku ponteng kerje sebab kiteorang nak pergi jalan-jalan. lalalala ~ >_< seorang abang yang kureng bertanggungjawab sikit. HAHA :D ade ke patut dia suruh aku tipu bos aku cakap aku nih sakit perut. so, ta boleh datang kerje. adussss ! tapi aku pun ikut saje lah idea dia tu tapi last-last memang betul-betul aku sakit perut. masalah-masalah --' 


.ha ! inilah geng abang aku tu. okay ! tiga-tiga baik :) start dari kiri korang yang menghadap laptop tu, namanye hafiz, kemudian mazlan dan kanan korang ialah zul :) 

.hehe :D gambar dia dengan awek dia.

.yang ini aku =) ehee, dengan zul.
.okay ! stop sini jep lah. AHHA :D nanti aku post lagi yee. tata ^_^ wassalam.


budak kepala hitam

Thursday, 19 January 2012

.Tinggal kenangan :'(

.ASSALAMUALAIKUM aku dahulukan.
.okay ! mood aku actually tak baik. semuanye tinggal kenangan. sesuai dengan tajuk post kali ni. huh ! geram weih ! ape? ! kau ingat aku ni tinggul kayu ape ha??. ikot suke hati bapak tiri laki mak kau jep kan?. time kau bosan, kau cari aku. time kau happy go lucky, zupp ~ ! kau terus lesap. hilang kabar berita. terus lupa aku sume bagai ! weih ! mane tak panas hati weih. sesuke hati kau jep. aku pun ade perasaan. bukan patung ! 

.2 tahun beb ! bukan senang nak kekal kan relationship cam gitu tapi nak buat camne kan. nasib! sikap kau sendiri yang membuatkan aku rase pilihan aku kali ni tepat. aku dengan cara aku, kau dengan cara kau. kembali kepada 2 tahun lepas. aku tak kenal kau, kau tak kenal aku. kan lebih elok?. -,-' kalau aku boleh buang segala memori tentang kau dah lama aku buat. kalau boleh aku bakar semua gelagat kau, celotah kau, perangai kau, suara kau. dah lame aku buat ! 

.mulai hari tu,aku dah taknak contact kau lagi. mulai sekarang jugak aku dan kau dah takde ape-ape lagi hubungan ! kau faham?. ape pun nak jadi, jadi lah. kesah pulak aku =.=' kbye!.
budak kepala hitam